Trip To Padang (2)
06 Oct 2010 2 Comments
in Outing Tags: Bukit Tinggi, Saffira Tour Indonesia, Tabung Haji Travel
Perjalanan Ke Bukit Tinggi
Pak Usman memang seorang professional sebagai tourist guide di sini. Saffira Tour telah membina hubungan dengan Tabung Haji Travel dalam tempoh yang lama. Setelah bagasi diletakkan di bahagian belakang bas, Pak Usman mengucapkan selamat datang kepada kami dan menyatakan bahawa kami akan terus menuju ke Bukit Tinggi yang merupakan antara destinasi wajib jika anda datang ke Padang.
Perut terasa lapar memandangkan bangun pukul 4 pagi. Nasib baik juga Pak Usman mengalas perut kami dengan air mineral dan juga kek lapis Padang yang sedap.
Perjalanan kami ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang dua jam walaupun hanya 80km memandangkan jalan raya di Padang yang sempit dan berbukit bukau. Tetapi apa yang menyeronokkan sepanjang perjalanan kami mata kami dibersihkan dengan suasana hijau yang sangat mendamaikan.
Padang dikelilingi oleh bukit-bukau dan gunung-ganang menjadikan udaranya lebih sejuk dan nyaman. Kami agak teruja apabila Pak Usman memberitahu destinasi pertama kami adalah ‘air terjun muda setahun’. Kami menggambarkan airnya pasti menyejukkan dan segar. Dalam perjalanan kami tidak puas untuk melihat kiri dan kanan, kagum dengan keindahan alam yang Allah ciptakan untuk manusia. Dalam lebih kurang 30 minit perjalanan kami tiba ke destinasi pertama…(to be continue)
Perutusan Aidilfitri
07 Sep 2010 1 Comment
in My Life Tags: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”, Di ambang Ramadhan, Keagungan takbir, perubahan diri, perutusan aidilfitri, Salam Aidilfitri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Di ambang Ramadhan kali ini terasa pengisiannya jauh lebih berbanding pada tahun lepas. Seboleh mungkin bulan Ramadhan ini mengambil ruang untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin. Bagi sesetengah individu raya lebih dipandang hebat berbanding Ramadhan yang barakah. Sedari atau tidak kita lebih teruja menghitung bilakah ketibaan Aidilfitri tanpa mengambil kira Ramadhan yang bakal menghilang.
Amat jauh kedudukan kita berbanding dengan Rasulullah menyambut Ramadhan. Syawal adalah rangkaian seterusnya untuk mengaplikasikan kebaikan Ramadhan. Bagi yang menghayati bulan ini, Syawal dan bulan-bulan yang seterusnya pasti jumlah dan kualiti ibadahnya tidak akan berkurang. Tetapi bagi yang tidak, jangankan selepas Ramadhan, dalam bulan ini pun mereka tidak mengendahkan untuk melakukan kemungkaran. Nauzubillah.
Takbir bakal berkumandang sebagai semboyan kemenangan jihad dalam diri. Seharusnya takbir dilaungkan bersemangat bukan mendayu-dayu. Keagungan takbir tidak boleh disambut dengan kesedihan tetapi semangat untuk terus memperbaiki diri. Bertakbirlah jika anda telah memulakan perubahan diri. Bertakbirlah bahawa anda akan terus mengubah diri ke arah kebaikan.
Firman Allah: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada anda semua yang mengunjungi blog ini. Maafkan segala kesalahan bahasa yang ditulis jika ada menyinggung perasaan sesiapa. Bagi yang mengenali diri saya, boleh datang ke rumah pada hari raya nanti di Besut Terengganu atau di Raub Pahang.
Kad raya kredit kepada:Kadviral.com
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Apa Yang Perlu Suami Lakukan Untuk Isteri (2)
19 Aug 2010 Leave a Comment
in Parenting Tags: Apa Yang Perlu Suami Lakukan Untuk Isteri, kehidupan suami isteri, menjaga anak, ungkapan kasih sayang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tahukah anda berapa ramai suami yang langsung tak endah kesusahan isteri yang telah banyak berkorban dalam keluarga? Berapa ramai suami yang sepanjang perkahwinannya tidak pernah mengungkapkan penghargaan kepada isterinya? Sedih apabila situasi ini berlaku dalam kehidupan suami isteri. Pastinya istana kebahagiaan tidak akan terbina.
Tanya diri anda berapa kali anda menunjukkan penghargaan kepada isteri anda? Dan apa yang anda lakukan untuk menghargai pasangan anda? Sukar untuk dijawab jika anda tidak pernah melakukannya. Isteri ibarat kaca yang mudah pecah. Mereka tidak meminta penghargaan tetapi janganlah pula suami kedekut memberi. Penghargaan menjadikan rumahtangga lebih kukuh dan memahami walaupun penghargaannya mungkin hanyalah sekadar ungkapan kasih sayang.
Langkah-langkah praktikal yang anda mampu lakukan:
- Ucapkanlah paling kurang perkataan terima kasih atas pengorbanan yang telah dilakukan
- Jika isteri dah masak penat-penat, apalah salahnya anda pula tolong basuh pinggan
- Berada di sisi isteri bila isteri kurang sihat walaupun selesema atau penyakit kecil.
- Berikan pendapat bila isteri minta pandangan anda sekalipun masalahnya kecil. Kecil pada anda tetapi tidak pada isteri.
- Berikan pelukan dan ciuman setiap hari. Jangan bila perlu sahaja baru nak peluk.
- Pegang tangan isteri bila berjalan di hadapan orang lain kerana itu sangat membanggakan bagi seorang isteri.
- Ambil berat keluarga isteri anda.
- Ingati tarikh-tarikh penting anda bersama. Bahkan ingatkan juga tarikh lahir anak-anak. Ingatan anda pada semua ini bermakna anda ambil berat tentang isteri anda.
- Kemudian jika anda mempunyai tahap kewangan yang berlebihan bolehlah fikir untuk bawa isteri melancong ke mana-mana yang dinginkannya atau mungkin kerjakan umrah bersama.
- Belikan tanda hati jika anda out station walaupun pada barang yang kecil dan murah.
- Tolong jaga anak bila anda ingin isteri masak untuk anda.
- Berikan pujian bahawa isteri anda seorang yang cantik.
- Lagi hebat bila anda boleh mengendalikan tugas-tugasnya seperti menjaga anak, memasak, membasuh, gosok baju sekiranya isteri anda sakit.
Tersepit
17 Aug 2010 Leave a Comment
in My Life Tags: lumrah kehidupan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sepintas lalu tanganku mula menaip apa yang terfikir di benak. Dalam keinginan ingin meneruskan penulisan ini hati juga seakan menahan dari terus berbuat demikian. Mengapa? Ya kerana tersepit. Lumrah kehidupan selalunya kita semua sering berada dalam keadaan tersepit.
Salah siapa? Salahkan diri yang memilih jalan ingin disepit? Mungkin juga. Tetapi jika sudah tahu masa depan akan begini pastinya aku tidak memilih laluan seumpama ini. Hati semakin kuat memasang impian tetapi fikiran pula bergolak mengatakan bahawa tidak semudah itu impian yang ingin kau teruskan. Lantas ikatan semangat kembali longgar. Terlerai seketika memikirkan diriku yang tersepit ini…
Mendamba Cahaya Ramadhan
10 Aug 2010 Leave a Comment
in Motivasi Diri Tags: bulan Ramadhan, Ramadhan Karim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Ramadhan Karim untuk sahabat semua. Esok kita mula melangkah masuk ke dalam bulan yang penuh barakah. Bermakna 30 hari di bulan ini perlu diisi penuh sebelum expired. Tahun ini tahun juga berbeza menghadapi Ramadhan. Tahun lepas bergelar seorang suami, tetapi tahun ini bergelar seorang bapa juga. Dua amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin.
“Ya Allah dengan keberkatan Ramadhan berikanlah cahaya kepada kehidupan kami. Berikanlah kekuatan kepada diri kami untuk membentuk mukmin terbaik kepadaMu.”
Setahun bekerja tanpa mengimbangi sebaik mungkin prinsip yang Allah telah tetapkan. Kehidupan rasanya ralat kerana tidak mendapat motivasi sebaik mungkin. Setiap manusia perlukan inspirasi dan motivasi dalam kerja, ibadah dan dan juga keluarga. Semoga kehidupan selepas Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna dan ada perubahan yang lebih baik amin.
Tip-Tip Penampilan Diri (1)
04 Aug 2010 Leave a Comment
in Motivasi Diri Tags: jaga pemakanan, menjaga penampilan diri, perwatakan diri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
- Perkara mudah yang paling berpengaruh untuk anda lakukan ialah menjaga penampilan diri. Mata yang memandang penampilan kemas pastinya akan berbeza menilai jika anda tidak menjaga imej dan perwatakan diri.
- Salah satu masalah yang perlu anda fikirkan tentang penampilan diri ialah adakah badan anda berbau? Lebih-lebih lagi dalam situasi bekerja pastinya tidak menimbulkan keselesaan pada diri anda apabila berhadapan dengan rakan sekerja atau juga klien anda.
- Langkah terbaik ialah pastikan anda memakai deodorant yang dapat mengawal bau badan anda.
- Jaga pemakanan. Makan yang tidak terancang juga boleh menyebabkan bau badan terutama banyak makan bawang putih dan makan berempah.
- Bersihkan badan sebaik mungkin ketika mandi. Tidak salah untuk terapi sauna agar dapat hilangkan kekotoran melalui peluh yang keluar.
- Semburan pewangi badan juga menjadi pelengkap menghilangkan bau badan terutama ketika berpeluh pada siang hari. Tetapi jangan pula terlalu banyak sehingga orang lain terasa pening dan loya untuk mendekati.






















Komen Terbaru