Peranan Pemimpin Dan Yang Dipimpin


Cuba bayangkan jika anda sebagai nakhoda dan bersama 8 orang yang lain sedang menuju ke satu penempatan yang baru kerana kawasan perkampungan anda telah dimusnahkan oleh letupan gunung berapi. Dalam perjalanan anda sedang menuju ke sebuah pulau yang baru untuk membuka penempatan baru, tiba-tiba perahu yang anda naiki telah terlanggar batu karang yang besar dan memaksa anda untuk memilih 2 orang yang akan meluar dari perahu itu untuk menyelamatkan yang lain.

Apa yang akan anda lakukan jika anda sebagai seorang nakhoda tersebut dan apa peranan anda sebegai pengikut dalam perahu tersebut? Siapakah yang anda akan pilih jika mereka yang naik perahu itu ialah seorang ibu mengandung, seorang arkitek, seorang juru rawat buta, seorang imam, seorang pemuda, seorang pesakit Aids, seorang tuang berumur 85 tahun dan seorang perompak?

Maka sudah tentu banyak persoalan yang akan mengambil ruang di minda anda untuk memikirkan situasi tersebut. Yang pasti anda akan memilih sesiapa yang bukan tidak memberi faedah untuk ditinggalkan dan dibuang dari perahu untuk menyelamatkan yang lain bukan? Namun itu semua hanya akan meninggalkan situasi persoalan yang terus menjadi persoalan kerana isi utama yang perlu diambil dari kisah ini ialah seorang pimimpin tidak akan mementingkan diri sendiri semata-mata untuk menyelamatkan mereka yang mungkin mempunyai kelebihan-kelebihan untuk membina perkampungan yang baru.

Apa yang penting? “Kerjasama” dari kartun Wonder Pet seakan nampak ringkas dan mudah tetapi sebenarnya itulah intipati utama yang akan menjamin keserasian antara pemimpin dan yang dipimpin. Andai situasi di atas diibaratkan sebagai masalah yang melanda, pemimpin dan yang dipimpin perlu bersatu hati untuk sama-sama menyelesaikan masalah. Bukan mementingkan diri sendiri dan mengautkan kepuasan hati untuk menjatuhkan orang lain.

Pemimpin perlu sedar bahawa kuasa yang di tangannya bukanlah digunakan sesuaka hati dan pengikut juga bukan tanda bahawa anda perlu mengikut segala telunjuk pemimpin andai jelas pemimpin tidak menggunakan kuasanya pada yang hak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: