Pengalaman Sewaktu Appointment


Petang kelmarin aku ada appointment dengan seorang ustazah di salah satu kementerian di Putrajaya. Appoinment berkenaan perbincangan untuk pengendalian Kursus Bina Insan yang mungkin akan diadakan pada Julai ni. Temujanji dalam pukul 3.00 petang lebih kurang. Sebelum pergi ustazah ni ada minta agar dibawa sekali contoh T-Shirt (untuk peserta kursus) dan juga khat (untuk hadiah perasmian masa kursus). Jadi bila semuanya dah ada, aku bersama Hadi (rakan kerja baru di FP) pun bertolak pergi.

Sebenarnya sebelum pergi jumpa ustazah ni, aku dan Hadi dah buat preparation la sikit-sikit. Maklumlah nak jumpa orang ni kena persediaan semua sudut. Bukannya kita tahu macam mana jenis orang yang kita nak jumpa kan. Mungkin orangnya akan layan kita dengan baik, ataupun mungkin juga orangnya cerewet, atau mungkin juga orangnya garang.

Dalam lebih kurang 30 minit aku pun tiba di Kementerian ni. Boleh tahan cantik bangunannya, atas bukit dan agak jauh sikit berbanding kementerian-kementerian yang lain. Nak cari pintu masuk pun dekat separuh tawaf bangunan besar ni. Akhirnya sampai jugak dekat lobby, terus jumpa petugas meja depan tu cakap nak jumpa ustazah Nurul (bukan nama sebenar). Setelah ditunjukkan jalan aku dan Hadi pun menuju ke bilik ustazah.

Kebetulan ketika sampai ustazah ada tetamu yang lain, jadi aku dan Hadi diberikan menunggu di bilik tetamu yang lain. Dalam hati memang agak berdebar jugak. Tak tahulah kenapa dan mengapa. Selalunya nak berdepan dengan orang yang banyak kerenah barulah aku berdebar macam ni.

Akhirnya selepas hampir 15 minit menunggu aku dan Hadi dapatlah tengok wajah ustazah tu. Ustazah mula menegur aku dan Hadi,

“Yang mana satu Asrul ni? Yang mana satu Hadi? Ingatkan tak jadi datang, kalau tak datang tadi saya nak cancel terus kursus ni?

Terkejut jugak aku dan Hadi dengan kata-kata ustazah ni. Tapi masih dapat senyum lagi lah. Aku pun duduk walaupun tak dijemput duduk..huhu. Aku terus mulakan perbincangan dengan membentangkan tentang tentatif kursus yang bakal dijalankan.

“Ustazah boleh tengok dulu jadual ni, mungkin ada yang perlu diubah untuk penambahbaikan.”

“Takpe Asrul teruskan..”

Aku pun teruslah menerangkan satu persatu tentatif kursus. Bermula dari ice breaking sampailah modul untuk hari pertama. Belum habis penerangan ustazah ni dah mula mengomen..

“Untuk pengetahuan U, peserta akan bertolak pukul 5.00 petang. I rasa ice breaking U ni tak sempatlah. Apa nama ice breaking U tadi? Menenun Benang Persahabatan?”

“Lagi satu I tak naklah U gunakan Fun@Fitrah ni..nanti bos I tanya kenapa Kursus Bina Insan ni ada fun-fun pulak?”

“Ok takpe ustazah nanti saya akan tukarkan.”

Dipendekkan cerita aku pun terus tunjukkan sampel baju yang ustazah Nurul nak tengok.

“Ok. Saya bersetuju dengan kain baju ni. Cuma saya nak lengan panjang dan lengan pendek.”

“Baik ustazah. Cuma saya perlukan senarai nama peserta lelaki dan perempuan untuk buat lengan panjang dan pendek.”

“Lagi satu tentang khat tu, saya ada cakap nak dua kan. Sebenarnya yang kita nak guna untuk majlis perasmian tu satu je. Cuma satu lagi saya nak untuk pejabat saya sebab pejabat baru saya ni takde ayat Quran lagi.”

Aku dengan Hadi memang terkejut dengar ayat ustazah ni. Biar betul ustazah ni.

“Boleh ke kalau saya ada satu lagi permintaan dengan Fitrah Power? Sape nama owner Fitrah Power ni?

“Ustaz Shukri..ustazah. Sambil jawab tu aku tersenyum kelat.

“Ooo Ustaz Shukri. Bagitau Ustaz Shukri kalau boleh saya nak jag air satu lagi. Nak guna untuk masak air. Yang kat ofis ni jag tak berapa panas.”

Dalam hati aku memang konfem ustazah ni jenis demand, cerewet. Ada ke patut cakap macam tu. Aku dan Hadi ni yang jadi tetamu dia pun tak dihidangkan air (bukanlah nak mintak) tapi kita pulak yang jadi tempat dia mintak barang-barang yang tiada kaitan. Begitulah manusia. Kekadang tak nampak kesilapan besar yang dilakukan sebaliknya nampak pulak kesilapan kecil yang orang lain lakukan.

4 Comments (+add yours?)

  1. Helmi Suhaimi
    Jun 17, 2009 @ 11:41:35

    MasyaAllah.

    Satu sikap yang tak patut ada dalam pembinaan diri seorang Islam. Malah seorang muslimah pulak tu. Ingin diadakan Kursus Bina Insan tetapi diri sendiri masih tidak dapat dibina berteraskan gaya Muslimah Islam sejati yang penuh dengan sopan santun dan hormat menghormati.

    Perlu penelitian kepada kata-kata sendiri. Jangan hanya kerana pangkat yang sementara sudah tidak memandang hormat kepada orang lain yang disangkakan lebih rendah martabatnya.

    Kita semua sama.

    Reply

  2. nurya
    Jun 19, 2009 @ 05:12:14

    memang ustazah ni kena masuk kursus bina insan dulu baru boleh arrange kursus untuk staf dia… tapi mungkin bukan rezeki jadi kursus ni tak dapat dilaksanakan sbb ke’cerewet’an ustazah tuuutttt tu… pengalaman yang sangat menarik..

    Reply

  3. Izo
    Jun 22, 2009 @ 13:53:59

    Agak2nya Ustazah tu baca tak blog mung nie? wakaka😀

    Reply

  4. nurya
    Jul 08, 2009 @ 05:30:50

    tkpe kalo dia baca pon… biar dia nangis…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: