Bila Beduk Berbunyi…


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semakin hari dunia semakin tua, semakin hari tubuh juga lemah di makan usia. Seharusnya usia akan membawa diri kita kepada kesedaran. Kesedaran bahawa setiap permulaan akan ada pengakhiran. Episod kehidupan hari ini dirasakan begitu pendek. Bayangkan sekarang sudah hampir masuk ke bulan April. Pejam celik pejam celik rasanya begitu singkat masa berlalu. Benarlah bila banyak perkara berfaedah dilakukan dirasakan begitu lama masa berdetik. Tapi bila banyak buang masa, sekejapnya masa berlalu.

Banyak lagi yang belum disiapkan. Azam baru yang masih belum ditunaikan. Tanggungjawab kerja, keluarga, diri dan paling penting pada Allah tidak sehebat dengan nombor dua digit umur hari ini. Rasa takut untuk melalui hari esok melihatkan beban yang tergalas di bahu. Jika dihitung pastinya tidak terlawan amalan kebajikan dengan manah yang diberikan.

Tahun 2010 rasanya bermula dengan kebahagiaan dengan kelahiran cahaya mata perempuan. Diri asyik terbanyakkan hilai tawa dan keletah si kecil yang mencuit hati abi dan umi. Tetapi bila teringatkan sabda Rasulullah, “Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa mengingati Allah” terasa bergetar di hati. Setiap detik terbayang wajak anak kecil tetapi ingat Allah hanya lima kali sehari. Bimbang juga anak yang menjadi kurniaan bertukar menjadi ujian dan fitnah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: