Menulis Dari Hati


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Menyambung kembali artikel saya menulis tempoh hari, menulis blog jangan jadikan traffik untuk tumpuan anda semata-mata kerana itu semua tidak menjamin blog yang baik dan bagus. Idea melalui cara salin dan tampal tidak akan membantu meningkatkan potensi penulisan dalam diri anda. Terus terang saya katakan, bukan hanya blog bahkan apa jua yang anda tulis jika ianya untuk perkongsian seeloknya biarlah coretan dari hati anda. Bukannya  menumpang idea dan kreativiti orang lain. Namun saya lebih suka menumpukan pada penulisan blog memandangkan idea menulis saya lebih cenderung ke arah ini.

Salah satu cara menulis yang baik ialah menulis sesuatu yang dari hati anda. Jika anda ingin menulis tentang motivasi biarlah dari diri dan hati anda, jika anda berpeluang berkongsi pengalaman hidup anda yang berharga, kongsikan dari hati anda kerana itulah yang akan membuatkan blog anda bermanfaat untuk dikongsikan.

Sewaktu mula-mula saya ingin mula menulis blog, sahabat karib saya IzoBlog berikan nasihat ringkas pada saya kerana pada waktu itu saya juga teruja untuk menulis memandangkan sahabat saya ini adalah salah seorang internet marketing yang hebat juga. Beliau berpesan pada saya, rahsia utama hebatnya satu-satu blog itu adalah dari isi blognya yang hebat dan mantap. Maka atas nasihat itu saya cuba mencari bahan penulisan saya agar saya dapat terus berkongsi sesuatu yang berterusan bersama anda semua. Akhirnya saya menulis di blog Motivasi Kerja sebagai perkongsian motivasi dari hati saya untuk anda semua.

2 Comments (+add yours?)

  1. surihati_ku
    Apr 07, 2010 @ 11:39:36

    salam..
    hurm tak mau bg komen apa cuma just nak ckp kt blog ni byk pic bby dari pic orq dwsa.itu shja. hehe..

    al-maklumlah en pkar sdg menunggu kelahiran, manakala si empun blog pula sudah meniti kbhgian bsa chya mata baru🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: