Bagaimana Membina Watak Anak Anda (1)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setiap ibu dan ayah pastinya sangat mendambakan anak soleh, mendengar nasihat ibu bapa dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Watak anak sebegini perlu disemai dan diterap sejak dari kecil lagi. Bukan apabila sudah dewasa barulah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka tahu berfikir dan boleh menilai sebagaimana yang mereka inginkan.

Mendidik anak memerlukan kesabaran. Mahu anak yang hebat anda perlu membina watak hebat itu dalam diri mereka sejak mereka dalam kandungan lagi. Saya berikan contoh jika anda ingin anak yang dekat dengan Al-Quran maka anda boleh membina watak ini dengan banyakkan mendengar dan membaca Al-Quran. Banyakkan menghayati Al-Quran dengan membaca terjemahan dan tafsirnya. Insya Allah anak akan mempunyai kecenderungan ke arah itu.

Jika anda ingin anak anda hebat dalam matematik, banyakkan membuat latihan matematik ketika isteri anda dalam kandungan kerana sedikit sebanyak kecenderungan itu akan turun pada anak anda. Jadi begitulah juga dengan sikap dan emosi anak-anak anda. Jika inginkan mereka jadi anak yang soleh dan mendengar nasihat anda, terlebih dahulu anda perlu menjadi seperti itu. Jadilah seorang yang penyabar dahulu, barulah anak anda akan mengikuti kesabaran anda. Jadilah seorang menghormati ibu bapa jika anda mengharapkan anak anda menghormati anda apabila mereka dewasa.

Watak anak adalah dari watak ibu dan bapa mereka. Benarlah apabila orang-orang tua selalu memberikan kiasan dalam pepatah melayu bapa borek anak rintik, bermakna anak-anak akan mengikut watak dari ibu dan bapa mereka.

2 Comments (+add yours?)

  1. surihati_ku
    Apr 08, 2010 @ 16:41:47

    salam ceria..
    dari kain putih maka kita hasilkan ia dgn nilai2 murni yg baik..sesejuk mata yg memandang..

    sb dari kecillah mudah di lentur..kelak dah bsar nak di marah..di herdik,,nak disalahkan ibu bapa dah tak berguna lagi..

    Reply

    • AloNg CaPR
      Apr 11, 2010 @ 04:46:52

      Suri: Kain putih ini bukan senang nak corakkan supaya cantik dan sedap dipandang. Itulah cabaran kepada ibu bapa untuk masa depan anak-anak mereka.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: