Bila Ada Rasa Tidak Puas Hati


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anastasia

Salam. Saya baru je bekerja setahun. Saya jumpa bos yang mengarah untuk kebaikan dia. Hari ini dia cakap macam ni, esok hari cakap lain. Walaupun dah guna cara berhemah dia tetap akan perbetulkan kita. Dia mahu kita buat yang terbaik. Bila kita bagi yang terbaik dan nampak keje kita bagus. Dia tak leh lak nak terima kita lebih. Saya ni jenis mengikut kata sanggup kerja sampai tidur pukul 5 pagi untuk siapkan tugasan tapi sekecil-kecil kelemahan akan dicari. Bila buat tak reti mendesak untuk kita ambik port. Baru bagi arahan 5 minit dah tanya kerja dah siap belum. Saya memang jenis tak reti nak mengampu, bukan diri saya. Apapun saya bertahan sebab nk dapatkan kerjaya ni susah sangat ramai lagi diluar sana nak kan kerja ni.

Terima kasih kepada Anastasia kerana berkongsi kisah ini. Saya copy entri ini dari blog Motivasi Kerja untuk perkongsian anda semua. Bos seumpama ini tidak akan mengembangkan potensi diri dalam diri anda. Ada waktunya perlu tegaskan pendirian anda jika anda berada di landasan yang tepat. Bos seumpama inilah yang akan mengundang situasi tidak sihat di dalam organisasi. Cara terbaik beranikan diri untuk berdepan dan terangkan apa yang dirasakan oleh anda.

Jangan terus memendam perasaan kerana itu semua akan menjadi barah dalam diri anda. Jika bos tidak dapat menerima teguran baik anda bermakna anda tidak akan dapat memulihkan keadaan jika anda terus bekerja di situ. Melainkan anda bersedia untuk terus mendiamkan diri dan sanggup terus dimarahi.

5 Comments (+add yours?)

  1. Nozi
    Apr 15, 2010 @ 23:28:33

    Salam…bos seumpama ini seolah2 ingin menjatuhkan motivasi kerja kita aje.

    Reply

  2. Emi
    May 02, 2010 @ 11:26:30

    Buat masa sekarang, Emi x pernah dapat Boss yang mcm tu lagi..kerja bahagian Magazine..cuma ikut dateline jek..tapi itu dulu..skang Emi la boss..haha..tp kalulah Emi disituasi itu rasa pedih hati ni.😐 nk pergi kerja pun dh rasa x bersemangat.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: