Seminggu Yang Begitu Mencabar Fizikal


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Rasa kekok juga menghadapi seminggu yang mencabar. Terasa macam ada sesuatu yang hilang apabila tidak dapat menulis di ruang ini. Namun komitmen masa, kerja dan keluarga pastinya itulah yang perlu diutamakan.

Kursus pada 21-22 April 2010

Sepertia biasa kerjaya sebagai konsultan akan memberikan komitmen dalam membangunkan modal insan diri dan orang lain dalam kursus-kursus motivasi yang dikendalikan oleh syarikat tempat saya bekerja. Kursus dua hari satu malam di Excel Training Resort dengan jumlah 140 peserta penjawat awam, alhamdulillah berakhir dengan baik sekali. Peserta pun nampak puas hati! Perkongsian hati ke hati pastinya akan beroleh hasil yang baik.

Pulang ke Besut

Kursus berakhir lebih kurang pukul 1.oo petang. Kemas barang-barang kursus, makan tengah hari dan post-mortem akhirnya membawa kepada pukul 4.oo petang juga. Ikutkan fizikal memang tak larat nak memandu dari Bangi – Besut yang memakan masa lebih kurang 7 jam. Kerana rindu pada isteri dan anak, semangatkan juga untuk memandu. Dah tiga minggu tinggalkan isteri dan anak kerana masih dalam tempoh pantang bersalin. Bukan main lagi rindunya. Biasalah baru bergelar ayah pastinya ini adalah ujian emosi yang hebat.

Perjalanan bermula 4.oo petang, saya tiba di rumah mertua saya dalam pukul 10.30 malam. Kalau tak silap berhenti sekali sahaja untuk jamak solat Maghrib dan Isyak. Nasihat saya pada anda kalau nak musafir jauh jangan memandu seorang diri kerana bahaya jika anda mengantuk. Saya sentiasa beringat tentang ini.

Seronok dapat jumpa keluarga.

Menuju ke Raub, Pahang

Sebenarnya saya pulang ke Besut untuk bawa isteri dan anak ke rumah ibu saya memandangkan dua minggu lagi isteri saya akan kembali bekerja. Baki cuti bersalin ingin dihabiskan di rumah ibu saya di Raub. Dari Besut saya kembali memandu ke Raub. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Alhamdulillah saya sangat menikmati kepenatan ini kerana isteri dan anak ada bersama.

Jumaat di Raub memberikan ruang masa untuk rehat satu hari sebelum Ahad kembali memandu ke Bangi. Isnin kembali bekerja.

3 Comments (+add yours?)

  1. suri Cahaya Cinta
    Apr 27, 2010 @ 05:44:34

    huhu..tak blh nak pisahkan anak dgn ibunya..pasti hati ni akan ngis..huhuhu..

    Reply

  2. Nozi
    May 18, 2010 @ 01:44:22

    Salam,

    Begitulah kalau kita banyak komitmen….masa kita begitu terhad dan bdn juga kepenatan…tp,bila kita fikirkan kebahagian bersama keluarga,pasti segalanya berubah menjadi semangat yang membara…..moga Along lebih cekal menjadi suami dan ayah….🙂

    Reply

    • AloNg CaPR
      May 23, 2010 @ 11:50:13

      Nozi: Terima kasih Kak Nozi. Alhamdulillah ada seorang berpangkat kakak selalu ingatkan kita. Mestilah berusaha nak jadi ayah terbaik!

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: