Bagaimana Membina Watak Anak (2)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berikan nama yang baik

Proses mendidik anak bukan semudah yang disangkakan. Membesarkan anak tugasnya lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding mendidik. Oleh kerana itu mendidik adalah sebagai salah satu cara untuk membina watak anak-anak apabila mereka sudah besar nanti.

Selalunya ibu bapa terlepas pandang dalam memberikan nama yang terbaik kepada anak-anak. Nama yang baik adalah langkah awal untuk memberikan watak kepada anak-anak. Setiap panggilan nama sebenarnya merupakan intipati doa yang tidak kita ketahui nilainya. Panggilan seharian adalah doa untuk memberikan watak kepada anak-anak kita. Ayuh kita melihat bagaimana masyarakat arab bagusnya mereka meletakkan nama pada anak-anak mereka.

Mereka meletakkan nama yang pendek tetapi maknanya baik dan senang untuk dipanggil. Nama-nama yang baik adalah nama-nama yang mempunyai semangat yang baik, makna doa, puji-pujian dan juga mungkin bersifat kepahlawanan. Lihat sahaja nama-nama sahabat Rasulullah seperti Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib, dan Rasulullah yang membawa maksud ‘yang terpuji’. Jika nama-nama baik diberikan pada anak kemudian selalu pula memanggil dengan nama itu pastinya perlahan-lahan watak anak anda akan terbentuk.

Hakikatnya hari ini trend masyarakat kita suka nama anak yang panjang-panjang. Kadang-kadang sampai 5 patah perkataan, tetapi akhirnya panggilan harian hanyalah angah, acik dan sebagainya. Paling baik untuk berikan nama anak tanyalah pada orang-orang yang berpendidikan agama makna nama anak lebih jelas dan tidak mengarut-ngarut.

4 Comments (+add yours?)

  1. Nozi
    May 17, 2010 @ 01:09:55

    Salam,

    Betul tu….memberi nama baik2 dan panggilan juga janganlah dipendekkan. Akak pun memang nk kasi sependek yang mungkin..anak pertama tersilap panjang…anak kedua pendek sikit…
    1. Nur Alieya Sofia (panggil Sofia)
    2. Nurin Damia (panggil Damia)

    Reply

  2. suri cahaya cinta
    May 19, 2010 @ 06:23:55

    salam..
    suri suka dengan entri ni sangat2 hehhee…
    anak suri nur ummu umiarhan..mak kata si pipi merah panggilan Rasulullah thdp Siti Khatijah..huhu

    Reply

    • AloNg CaPR
      May 23, 2010 @ 11:49:16

      Suri: Terima kasih Suri kerana suka. Sedikit pembetulan jika gelaran Humaira adalah kepada Siti Aisyah.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: