Rumah Saya Dipecah Masuk


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semalam adalah hari bersejarah juga dalam hidup saya. Beginilah ujian kehidupan terhadap manusia supaya sedar bahawa nikmat bukanlah milik mutlak manusia.

Sewaktu tiba di rumah jam lebih kurang 7.05 malam, saya sedikit hairan kerana melihat rumah yang tidak dikunci (kerana kunci mangga sudah hilang). Saya tidak terfikir langsung bahawa rumah akan dipecah masuk. Kerana ragu-ragu saya bertanyakan pada isteri sama ada dia terlupa mengunci rumah. Tetapi melihatkan kesan mangga yang bertaburan kerana dikopek pencuri.

Melangkah masuk sahaja ke dalam rumah, saya lihat tiada apa-apa yang bersepah. Namun saya segera melihat dua buah laptop yang berada di dalam rumah. Memang benar, dua-dua lesap. Lantas saya membuka almari buku, dua tabung syiling saya yang hampir penuh juga lesap. Akhirnya saya melihat telefon bimbit lama saya yang juga tersimpan dalam almari tersebut, memang hilang juga.

Berpatah kembali ke grill rumah, saya melihat kesan kopek tersebut sekali lagi. Dalam hati saya mengatakan pencuri ni masih amatur memandangkan cara dia mengopek pintu rumah saya.

Tanpa berfikir panjang saya segera ke tingkat bawah, terjumpa jiran saya Abang Wan. “Bang, rumah saya kena pecah masuk.” Saya terus menuturkan kepada Abang Wan tanpa berfikir panjang lagi. Abang Wan adalah bekas Setiusaha Persatuan Penduduk Flat Seri Tanjung. Dengan segera beliau terus menghubungi En. Amran, Pengerusi Persatuan Penduduk. Dalam lebih kurang 10 minit menanti, En. Amran tiba dan segera ke rumah saya. Dalam edisi siasat sambil mencari kesan lain yang ada, akhirnya kami menjumpai kesan kasut dalam rumah. En. Amran menceritakan bahawa kejadian pecah masuk di rumah saya adalah yang kelima berlaku dalam minggu yang sama. Dan kes di rumah saya adalah kes pertama melibatkan rumah berkeluarga.

Lepas Isyak saya sekeluarga segera ke Balai Polis Kajang untuk buat laporan. Dalam episod laporan dan soal siasat mengambil masa lebih kurang satu jam, 2 orang anggota polis terus ke rumah saya untuk siasatan lebih lanjut. Tetapi agak terkilan juga pihak polis hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk mencari kesan-kesan yang lain. Dengan mudah pihak polis memberitahu saya, “Minta maaf encik, rumah ni susah kami nak dapatkan kesan penuh cap jari sebab rumah tak berselerak. Kesan kasut yang encik cakap ni pun kami tak boleh kesan apa-apa.”

Hati saya agak kecewa kerana dengan soal jawab yang lama, hanya itu pihak polis berikan pada saya. Anda fikirkanlah!

3 Comments (+add yours?)

  1. Abd Karim MJ
    Jun 25, 2010 @ 08:01:04

    Salam.. bersabarlah… mungkin lepas ini boleh pertimbangkan untuk pasalng alarm di rumah… yerlah 2 biji laptop tak semahal mana mungkin tapi apa yang ada didalamnyer ? mungkin 100 kali lebih berharga daripada laptop itu kan… mungkin ini yang di namakan takdir ILAHI, terimalah secara terbuka tapi kenalh jugak berusaha untuk mengelakkkanya berulang kembali… sebab apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya…. kadang2 kita leka dan terlupa… sama samalah kita meginsafi diri sesama kita…

    Reply

  2. Nozi
    Jun 29, 2010 @ 04:16:01

    As-salam,

    Sabar along….ini smua dugaan dari Allah…mungkin ada hikmah di sebaliknya….apa yg penting skrang kita minta diri kita juga dilindungi..brang hilang boleh diganti ..

    Reply

  3. Nas
    Jul 02, 2010 @ 04:46:14

    salam..
    sy simpati atas apa yg terjadi..tp jgn risau sy ade jln penyelesaian..
    call 019-2284379 utk alarm system..ADT

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: