Aksi Lena Cahaya Hati

Santai Di Ice Room

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Minggu lepas pulang dari terawih, tengok wajah isteri yang mengantuk tiba-tiba datang idea ajak santai di Ice Room yang terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Ingatkan bulan Ramadhan tak ramai orang, tetapi lebih ramai dari yang biasa. Maklumlah bulan Ramadhan dah tak dapat makan aiskrim waktu siang jadi waktu malam masih ada ruang untuk santai bersama keluarga.

Dengan warna tema hijau putih memberikan pandangan yang berbeza jika anda berkunjung ke sini. Memberikan satu pandangan santai dan rileks. Sangat sesuai untuk perbincangan ringan. Bagusnya makanan ringan seperti noodles juga ada disediakan di sini.

Minuman yang komersial dan pelik-pelik juga boleh anda cuba. Tapi saya hanya sekadar memesan segelas air roselle panas yang sangat menyegarkan.


Anda tengoklah sendiri aiskrimnya. Memang lembut dan sedap. Dan semangkuk aiskrim yang anda pesan boleh makan 2-3 orang, jadi jimat belanja. 1 menu aiskrim dalam RM7-RM8 mengikut jenis dan citarasa.

Telatah Si Kecil

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setiap hari saya melihat perkembangan si anak kecil yang sangat mencuitkan hati. Memang benar bila ada anak banyak tekanan hidup tak terasa kerana melihat telatahnya yang comel. Bagi anda yang bakal mendirikan rumah tangga jangan tunda untuk dapatkan zuriat. Pada anak ada rezeki dan keberkatan hidup.

dah berlagak nak pegang botol susu sendiri

feel like passion

irdhina dan bantal bucuk kesayangan

umy & irdhina

manisnya dia..

cepatlah saya membesar!

Pertandingan Azan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semalam satu hari bersama dalam satu program kemasyarakatan di Kampung Delek, Klang. Tak sempat ambil banyak gambar memandangkan kamera berada di tangan orang lain. Jika anda berpeluang untuk menyumbang dalam acara seperti ini, bantulah kerana mungkin ianya adalah sebahagian usaha anda untuk agama.

Lokasi : Masjid Nurul Amin, Kg. Delek Klang
Camera :
Lumix Panasonic DMC-FS4
Editing : Adobe Lightroom

Hari Ke-20 Selepas Kelahiran

Teratak Hijjaz Country Resort

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lokasi : Teratak Hijak Country Resort, Sg. Merab.
Camera : Lumix Panasonic DMC-FS4
Ulasan : Mempunyai dua buah dewan, bilik penginapan yang selesa, tempat makan yang menarik dan santai, surau dan juga kolam ikan yang besar. Sesuai jika ingin mengadakan kursus indoor dengan kuantiti yang sedikit memandangkan surau tidak dapat menampung jemaah yang ramai. Kawasan keseluruhan adalah sederhana, masih ada ruang untuk aktiviti riadah ringan.