Kelahiran Yang Dinantikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog peribadi ini. Kesibukan sedikit menggugat diri untuk menulis di blog ini. Tambahan pula menunggu kelahiran cahaya mata yang disayangi menjadikan ruang semakin menghimpit untuk menulis. Alhamdulillah segala penantian kini sudah berakhir. Isteri yang sarat mengandung telah selamat melahirkan cahaya mata kami berdua. Sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan kami ruang menjadi abi dan umi kepada anak kami.

Sesiapa pun pasti ingin bergelar seorang ayah dan ibu apabila mendirikan rumah tangga kerana kelahiran anak adalah harta paling berharga. Begitulah juga kegembiraan yang kami rasai. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Isteri saya melahirkan seorang puteri sulong yang kami namakan sebagai Nur Irdhina. Semoga Allah meredhai kami dengan kelahiran ini. Itulah maksudnya irdhina dalam Bahasa Arab. Telah selamat dilahirkan pada 16 Mac 2010 tepat pukul 11.30 pagi.

Advertisements